Saturday, October 10, 2009

Seekor Burung...

Mungkin orang memikirkan bahawa kita tiada tempat untuk mengadu kasih.........

Mungkin juga betul apa yang disangkakan......

Sebelum lambat membalas budi ingin ku kirim seharum kasih buat semua yang sudi menyerikan blog ku ini dan sudi meluangkan masa untuk membaca apa yang tersarang di hati ketika ini.....

Dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang berjauhan daripada keluarga,banyak dugaan yang telah aku tempuhi,dan kadang-kadang aku merasakan seperti tidak sanggup lagi untuk menghadapi ini semua.Tapi?Apa daya ku untuk menghalang.Mungkin ini hanya dugaan bagi allah kepada kita wahai umatnya.Janganlah mudah mengalah dengan dugaan yang mendatang.Mungkin ada ramai lagi pelajar di luar sana senasib dengan ku.Jangan merasa asing di tempat orang wahai 'sahabat' ku.Kita juga manusia...

Aku hanyalah seekor burung yang terbang dari satu tempat ke satu tempat untuk menimba ilmu.....

Disepanjang penulisan ku ini,aku ingin memohon ampun kepada sesiapa saja yang tersinggung dengan apa yang telah diluahkan...Aku cuma mahu agar kita sebagai manusia yang berbilang kaum tidak memilih kawan melalui bangsa,agama, dan negeri.Kerana kita adalah manusia yang akan menemui ajal suatu hari kelak.Jadi,berkawanlah selagi kita masih hidup kerana kawan-kawan lah yang akan datang membantu kita ketika kita di dalam kesusahan...

Renungkanlah...